Bisnes Fotografi

tak baca lagi ??

Wednesday, 21 September 2016

"Filem Volkswagen Kuning Membongkar Misteri Kemalangan Di Lebuhraya Karak"


 @assalamualaikum@ #jom relax sebentar !! #

Petang semuaa .! so apa plan korang hujung minggu ni ? Semalam telah diberi peluang untuk menghadiri Malam Pra Tonton Volkswagen Kuning bersama rakan artis,media, blogger dan peminat yang lain sebelum ianya ditayang kan di pawagam pada 22 Sept 2016 ini .. Thanks pada bro dan pihak MIG Pictures Sdn. Bhd.




Untuk pengetahuan korang semua, "Volkswagen Kuning" ini merupakan Filem ke 115 terbitan MIG, yang diinspirasikan dari kisah benar ..Plot cerita nya hasil dari kreativitidan olahan  pengarah baru iaitu Shadan Hashim yang menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik -FFM28  filem ini iaitu Pekin Ibrahim dan Atikah Suhaime sebagai peneraju utama.

Pelakon lain tak kurang hebatnya seperti Amai Kamarudin, Fatin Afeefa , Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda serta pelakon-pelakon yang berpengalaman seperti Shahronizam, Azman Hassan dan juga Mak Jah berjaya yang membuatkan filem ini cukup lengkap,cukup rasa,cukup intipati untuk membuat penonton rasa suspen, marah, dan ada beberapa scene yang mencuit hati.



Pada iolls,  pengarah ini dah berjaya membawa sedikit kelainan pada filem seram ini di mana kalau biasa filem seram yang pernah ditayang kan semestinya akan ada hantuuuu, mukaa burukk gilaa sampai tak dapat tengok even dengan sebelah mata , tapi Filem Volkswagen Kuning bukan seram dengan hantu mukaa buruk mcam tuuu , yang ni lain.. Oleh sebab ini filem seram ketiga yang iolls tengok kat wayang selepas Munafik ,Khurafat , yang sememangnya menyeramkan, menyebabkan iolls siap bawa jacket lagi haa senang nak tutup mata. keh keh ..

Yang ini suspend nya lain,  memang dilihatkan seiringan dengan apa yang sering berlaku dan yang biasa kita dengar dari penceritaan mulut ke mulut mengenai gangguan kereta kuning  .. Sama sebijik tentang gangguan yang di alami. haa, sesape yang tak pernah kena ganggu tuu, alhamdulillah ..tapi yang tak pernah tuu, nak tau macam mana gangguan tuu sehinggakan boleh menyebab kan kemalangan ?? haa, dalam filem ni menceritakan semuanya .. Sama tapi tak serupa. heh heh .

Di mana tak serupa nya ??Hantuu volkswagen tuu ada muncul tak  ??  haa korang semua kena lah tengok nantii yaa.
Yang paling iolls tak sukaa, dah tauu sesat, lepas tuu dah nak maghrib, patah lahh balik ..jangan percayakan 100% pada waze. dan lepas tuu, dah dalam gelap sunyi,macam tuu, aduhaii kenapa lahh keluar dari kereta ?? aiseyy, tak mampuu ehh ,lebih baik diam-diam dalam kereta, pasang surah, dan jangan pandang belakang .. heww .. (>,<)

Dalam filem ini straight forward kisah nya di mana watak Pak Ayob (lakonan Azman Hassan) seolah -olah telah memberikan jawapan akan misteri yang dilanda Fuad (lakonan Pekin Ibrahim) dan Sarah (lakonan Atikah Suhaime) ..Seolah-olah detective conan gituu haa, yang ni best ! overshadow pulakk pelakon lain..keh keh ..Setiap apa yang berlaku, penyebab dan apa yang akan berlaku dah pun boleh diramal oleh Pak Ayob. heh heh ..   Korang dalam panggung confirm korang tak kan tidur .. korang rasa kenapa ?

"maybe terlalu seram ? terlalu suspend ? terlalu kelakar ? " - 

Yang ni korang kena nilai sendiri .. Kebanyakan filem seram lain , sampaii ending nyaa masih tertanya-tanya .. overall , tahniah pada MIG Pictures sebab sentiasa mengeluarkan filem baru dari pelakon tempatan sendiri, dan berjaya mengetengahkan bakat pelakon-pelakon baru seperti watak Nek Jah Muda (lakonan Fatin Afeefa) yang pasti suatu hari nanti boleh teraju sebuah filem sebagai pelakon utama. caya lahh ! iollss sukaa .. terbaikk ..

"Berapa bintang korang nak bagi ?? "
Mohon share yaww lepas korang tengok esok ! heh heh


Sinopsis

Mohon KLIK LINK ini

atau pun 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Iolls pasti haa dalam kalangan kita semua ni yang sering berulang alik melalui LDP (Lebuhraya Pantai Timur) -nii haa yang mana melalui highway Karak tuu dah biasa dengar dah kisah volkswagen kuning ni kan ?



dan lagi satuu kalau korang masih ingat, berlaku satu kemalangan yang melibatkan treler yang terbabas juga di lebuh raya ..tiada siapa tahu , apa yang terjadi sebenarnya sehinggakan treler tersebut hilang kawalan .



hal ituu, menyebabkan iolls rasa nakk sangat tengok filem ini nak tahuu dari mana asalnyaa kewujudan volkswagen kuning. dan kenapa mesti volkswagen , kenapa tak myvi ? kenapa tak bmw ? dan kenapa mesti warna kuning ? warna di rajaa tuu .. 

Gambar sekitar Malam Tayangan Perdana Volkswagen Kuning







Tahniah blogger Iena ,pemenang  untuk Contest Blogger tempoh hari anjuran Bro Framestone dan MIG Online
dapat OPPO F1s kauuu . cerlasss mak ngahh

Nak baca ? Klik Sini

Misteri Teksi Buruk (menang nii )


Bersama Major (K) David Teo yang sentias mengetengahkan filem tempatan . dan melahirkan pelapis pelapis baru dalam industri perfileman tanah air. salute boss !

bersama Bro Framestone yang membawa geng blogger ke dunia entertainment 

Add caption


Jangan lupa saksikan di Pawangam Volkswagen Kuning 22 Sept tauu .esok ! kongsii sekalii berapa bintang uoolss nak bagi .Support Filem Tempatan. kalau bukan kita , sapa lagi ?? 
Fun to watch can be in your movie day out list ! 

peace ! yaw
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

| Kisah Si Arnab Dan Kura-kura Moden| - 3x menang


Haii korang semuaa. Haa, saje nak share story ni haa, ..Mesti semuaa tahu kisahh ni kan? Tak terkecualii heh heh .. Si arnab berlumba lumba dengan si kura kura. Haah, sebab apa femes cerita ni samoaj sekarang, banyak moral yang boleh dapat kan, khusus untuk anak anal kecil . bagus untuk pembelajaran.

Haa, meh nak mula cerita nii. (Cerita dah diubah tauu 80% rekaan lain)-
Pada suatu hari, arnab dan kura kura berjalan dengan gembiranya dalam hutan. Hari dah makin senja, mereka perlu mencari tempat berteduh memandangkan hari makin gelap dan nak hujan .. Tiba tiba mereka terpandang satu signboard

"Satu bilik kosong mewah bertaraf 5 bintang istimewa untuk VVIP anak rimba , dihidangkan sekali makanan dan buah buahan yang lazat pasti mengenyangkan"
Apa lagi?? Merekaa berdua ni kan tengah lapar. Si arnab dengan bangganya terus mengajak si kura kura untuk berlumba. Siapa yang menang dapat bilik tuu .
Dengan lemah, si kura kura akur dan setuju dengan pelawaan si arnab walau pun dia tahu, dia tak mampu untuk berlawan dengan si arnab yang sangat laju ..
Perlawanan di mulakan, 1....2......3..... Si arnab memecut lajuu ke hadapan manakala si kura kura masih perlahan di belakang. Selepas beberapa minit kemudian , si arnab menoleh ke belakang sambil berkata,

"Aishh, lembap sungguh si kura kura ni haa. "- dalam beberapa minit sahaja untuk ke garisan penamat.Dalam kepenatan dan kepanasan , si arnab ternampak satu pohon yang rendang lalu membuat keputusan untuk berehat sebentar di bawah pohon itu. Tanpa sedar, si arnab tertidur dengan nyenyaknya sehingga lah menyedari Si kura kura dah sampai ke garisan penamat. Apa lagiii?? Marah lahh si arnab .

Lepas tuu, si arnab tak puas hati. Terus dia mengajak lagi si kura kura untuk berlumba kali kedua. Si kura kura bersetuju dengan pelawaan nya.
"Kali nii, aku penat macam mana pun, aku tak boleh tidurr. Tak boleh" - keluh si arnab dalam hati yang masih tak percaya si kura-kura dah  kalah kan dia ..

1..2...3.... Zzzuppp, tetiba si arnab terkejut, kerana si kura-kura lajuuu meninggalkan dia di hadapan .. Rupanya si kura-kura memakai kasut roda kali ni. Dan, akhirnya lagi sekali si kura-kura memenangi perlawanan ini ..
Si arnab tetap tak berpuas hati. Mana bolehh si kura kura yang lembap tuuu boleh kalah kan akuu? Lagi sekali si arnab memaksa si kura kura untuk berlumba .. Si kura-kura tetap bersetuju tanpa mengeluh .
Kali ni si arnab, dan bersedia dengan kasut roda lajuu untuk memastikan dia tak kalah lagi dengan si kura-kura.

1..2..3.. Zzzuupppp lajuu si kura-kura meninggalkan si arnab di belakang . kali nii rupanya si kura-kura menggunakan papan luncur(entah apa kita panggil,lupaa ha) .. Akhirnyaa , si kura kura lagi yang menang.

Akhirnyaa si arnab mengalah dan mengakui kemenangan si kura kura tersebut.
Haaaa?? Ko hado?? Zaman serba moden ni haa, kura kura pun dah up to date. Dah berubah. Hari hari minum susu dutch lady 1.2.3 nakk bijak. Ahaha,
kitaa ?? Kitaa??? Asyik hari hariii tengok orang tu berjaya, orang ni berjayaa, tapi kita masih di takuk lama. Tak berani untuk berubah .. ' Pehh , terasa nii .'.
Takot untuk berubah tak menjamin kejayaan masa hadapan. Apa matlamat 5 tahun akan datang?? Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita, melainkan kita sendiri yang nak berubah ..
Kita semua mampuu berubah . dari malas ke rajin. Dari takda keyakinan diri, ke arah pro aktif . yeah! We can do it . i"l try my best too ..
Peace yaw !

Thursday, 15 September 2016

" Bilik Isolasi Berhantu - Berdasarkan cerita sebenar "




Seram sejukkk nak menaip entry ni haa. Hantuuu ke apa kee, mungkin lain orang lain pandangan. Karut lah,syirik lah, perasaan je lahh,kuat imaginasi lahh, lemah iman lahh, penakut sangat lahh ..
Macam2 boleh orang cakap, tapii hakikatnya iblis syaitan memang wujud. Kan? Kan? Sama ada kacau kita or tak, wallahualam. Sampai lahh kita sendiri yang alami nyaa,baruu ketor mulut jadinyaa. Takot teramat. Lumrah sebagai manusia, terlalu berani pom tak boleh jugak especially bila masuk hutan atau mana2 hospital . "kawasan keras" .heh heh 

xxxx Cerita tiada kena mengena antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia xxxxx

"Staffnurse, tolong saya "
|Pengalaman Night Shift -Bilik isolasi|

Anis (bukan nama sebenar) bersama rakan rakan nya yang lain, ditempatkan di sebuah hospital daerah Pahang.mereka satu kumpulan bertugas di wad perubatan perempuan.
First day , orientasi memang seronokk. Jejak semuaa wad yang ada.. Kali ini Anis ditempatkan di Wad Bakawali (wad medikal perempuan), di mana wad tersebut sentiasa ramai patient di setiap kubikal, tetapi terdapat 4 bilik isolasi dihujung wad yang hanya berpenghuni jika ada kes yang memerlukan isolasi. Pada hari tersebut, Anis on night duty ,sebaik masuk kerja anis keluar tepi koridor wad untuk kemas cadar,selimut semua sebelom bahagian dobi datang ambil. Tiba tiba sorang wanita berbaju hijau, akak cleaner datang terjah dari belakang untuk simpan mop penyapu segala bagai tu lah.

"dah habis shift ke dik?"

Anis toleh ,terus jawab dengan selamba " eh, tak lah .baru masuk kerja kak. Shift malam ni. Huhu"
"Ohh, Adik jaga bahagian mana? "Tanya akak cleaner tu lagi.
" saya dengan lagi dua staff jaga pesakit hujung tuu kat bilik isolasi .ada sorang je patient dalam bilik tuu. Takde lah sibuk sangat. Haha"-anis menjawab
"Hati hati lah kerja ye. Ikhlas kan diri bekerja. Jangan mengular tak tentu hala .kalau adik nak tidur, rehat dalam pantry atau dalam bilik sembahyang tu je tau.tak payah lah rehat dalam bilik locker tu.selalu akak tengok korang kat sana "-tegur akak cleaner. 


Anis mendengus, 'dah kenapa akak ni? Tetibaa je, ingat aku ni pemalass? Ishh.. Issh,
Sebaik sahaja pass report semua, settle kerja yang sepatutnya, anis rehat je depan kaunter sambil berbual-bual dengan sorang senior staffnurse. Relax je kerja. Yer lahh, sorang je patient kat kubikal nya. Satu bilik je ada pesakit, lagi 3 bilik kosong. Sorang lagi kawan nya tengah rehat dalam bilik rehat/bilik sembahyang..Jam tepat 2 pagi, sayup sayup kedengaran "staffnurse, tolong saya. Tolong saya staffnurse," . kedengaran dari bilik bilik di hujung wad .
Lepass kedengaran suara tuu, anis terus bangun nak ke bilik sana tu..dengan pantas terus senior staffnurse tersebut pegang tangan seraya berkata, "Tak payah pergi. Takde pape. Duduk je dulu. "- Kawan yang dalam bilik rehat keluar ke kaunter bertanyakan kenapa.


gambar ihsan google- sekadar hiasan

Selang 5-10min selepas tu, sekali lagi sayup sayup kedengaran "staffnurse tolong saya. Tolong saya staffnurse".-sekali dengar tangisan teresak-esak . senior staffnurse terus mengajak anis dan rakan nya ke bilik pesakit (isolasi 1). Sekali masuk, pesakit tu nyenyak tidur . pada masa yang sama, kedengaran bunyi 'call bell' di kaunter nurse. Anis terus bergegas ke kaunter untuk melihat dari bilik mana call bell tersebut. Tertera di situ, bilik isolasi 2. Bilik yang tidak berpenghuni. Anis bergegas untuk memberitahu rakannya yang masih lagi di bilik isolasi 1.

setibanya di sana, tiada sesiapa pun di dalam bilik tersebut kecuali pesakit yang masih lagi tidur. rakannya yang sedang berjalan dari kubikal 1 memanggil-manggil dari jauh. kelihatan senior staffnuse baru keluar dari toilet. dalam hati Anis berbisik "sapa yang masuk bilik sekali dengan aku tadi?" - tiba tiba pesakit tersebut sedar dan duduk atas katil tanpa mengangkat mukanya sambil mengilai .. sepantas kilat Anis menutup pintu dan terus keluar dari bilik itu. Anis terus berlari tercungap-cungap ke kaunter. Anis disapa oleh rakannya, "kau dah kenapa ? pucat semacam je .. nampak hantu ke apa?haahaha" .

"eh, tadi kau pergi mana ya ? " - tanya Anis .

"aku pergi tengok patient kat katil 7,(kubikal 1 berdekatan pintu keluar wad), pakcik tuu meracau-racau entah kenapa tadi. dah okay dah pun ."

'kringgg' 'kringg' -telefon berdering 2 kali .Anis yang berdekatan dengan telefon, pantas mencapai gagang-

"hello, selamat pagi saya Staffnurse Anis wad Bakawali, boleh saya bantu?"-

"tolongg saya staffnurse.. tolong sayaa staffnurse .. tskk. tskk .."- kedengaran dari  panggilan tersebut.

Anis cepat-cepat letak gagang telefon dan terus mendiamkan diri ..dalam benak fikiran nya 'aku nak balikk rumah .. ' -


'kringgg' 'kringg' -deringan kedua berbunyi .. lalu giliran rakannya pula yang menjawab telefon tersebut.

Anis terus bertanyakan dari mana panggilan tersebut. rakan nya mengatakan yang panggilan tersebut dari  pathologi lab yang meminta staff wad menghantar specimen yang masih lagi pending. Dalam keresahan memikirkan incident sebentar tadi, terus Anis menawarkan diri untuk menghantar specimen tuu ke makmal yang terletak di tingkat bawah.

Dengan selamba Anis terus berjalan keluar dari wad dengan senyap nya memandang kan semua pesakit masih tidur lena.. Sesampai je di kubikal 1 , Anis terdengar suara wanita menangis.terus dia toleh kiri dan kanan. tiba tiba pakcik di katil 7 , tersengih dan menjeling tajam pada dia .. Pada masa yang sama, Anis terhidu bau yang sangat wangiii dan tidak tahu dari mana datangnya .. Dia buat-buat tak tahu dan terus berjalan menuju ke lif sambil bermain dengan telefon bimbitnya tanpa melihat kiri kanan. Sebaik sahaja lif terbuka , tibaa-tiba pakcik di katil 7 tadi mengintai dari pintu wad .Anis terkejut, tanpa toleh kali kedua, terus dia masuk ke dalam lif. Dari tingkat 7  untuk sampai ke ground floor, Anis bersendirian dalam lif mengharapkan tiada apa-apa lagi berlaku padanya sambil terkumat kamit membacakan ayat kursi. Dalam hati kecilnya seraya berkata, 'mungkin aku tak cukup tidur.Ya Allah,' -

Sebaik selesai hantar specimen tersebut ke makmal, Anis terus melangkah laju ke lif untuk balik ke wad.. Tanpa disangka, lif terbuka setiap floor tanpa ada sesiapa yang menunggu di hadapan lif. sebaik lif berhenti tingkat 4, Anis terdengar seperti ada suara beberapa orang kemain gelak di luar sebelum lif tu terbuka .. dalam hati 'Alhamdulillah, akhirnya ada jugak lah orang masuk sekali dengan aku ni haa ' ..

Jangkaan Anis meleset sama sekali ,bila sahaja lif terbuka tiada sesiapa di luar lif ..dengan pantas dia menekan button tutup lif tersebut .. lampu lif tetiba kelip-kelip .. Anis berdoa dengan harapan agar lif cepat sampai ke tingkat 7 . tangan nyaa menggigil -gigil sambil menangis ketakutan. sebaik sahaja lif terbuka, terus Anis berlari lajuu masuk ke wad, dan terus menceritakan perihal tadi kepada rakan nya dan senior staffnurse nya .. kebetulan , akak cleaner laluu di hadapan kaunter tersebut terdengar perbualan mereka terus menyapa

-" haa.. itu lah pasal akak mintak adik berhati-hati waktu kerja. hospital ini dah lama dik. Macam-macam hal berlaku kat sini. Asalnya dalam bilik locker yang akak tak bagi masukk tuu haa, ada kes bunuh diri .pesakit dalam bilik isolasi 2 sebelom ni .. "-

mereka saling berpandangan sambil tengok jam di dinding yang menunjukkan jam 4.30pagi ..
....

  xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"Berapa kali nak ambil darah staffnurse?"
|Pengalaman Jam 4pagi|